![]() |
Zahid ketika merasmikan Festival Pertubuhan Kebangsaan |
![]() |
Inilah individu bernama AZHAR WAHAB. |
Kehadiran Zahid semasa menandatangani pelancaran pertubuhan itu memberi tamparan besar kepada beberapa pihak berkuasa kerana terdapat beberapa kes yang melibatkan Yayasan tersebut yang masih dalam prosiding Mahkamah.
“Kesemua mereka ditahan kerana didapati melakukan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS),” kata Zaki Ahmad, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)sinarharian.com.my
Aktiviti kutipan derma Palestine tanpa kebenaran yang dilakukan oleh pertubuhan itu mengundang keresahan masyarakat awam kerana ia banyak menimbulkan tohmahan negatif terhadap Agama Islam. Kutipan yang dilakukan sehingga lewat malam hingga pagi oleh beberapa wanita serta mempergunakan remaja bawah umur mengundang persepsi negatif kepada agama Islam.
![]() |
Antara tabung yang digunakan bagi memungut derma di tempat awam. |
Yayasan tersebut dipercayai didaftarkan atas nama anak Azhar Wahab sendiri iaitu Muhammad Ridzuan bin Wahab. Adakah ia sebagai proxy supaya Azhar Wahab tidak didedahkan dan tidak boleh diambil tindakan? Atau bagi tujuan menyimpan dana hasil kutipan derma bagi mengelakkan cukai? Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan.
Klik gambar untuk paparan yang lebih besar |
Klik gambar untuk paparan yang lebih besar |
Selain itu, turut dipersoalkan adalah pengaliran wang sumbangan masyarakat samada sampai ke tempat yang sepatutnya atau tidak. Sebagaimana maklum di tabung derma yang dibawa oleh aktivis mereka sumbangan tersebut akan disalurkan ke misi kemanusiaan di Palestine. Jika dilihat beberapa majlis gilang-gemilang yang dianjurkan oleh pertubuhan ini menelan belanja yang amat besar serta sumbangan yang dilakukan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bernilai ratusan ribu ringgit.
Sebagai bukti, di sini SB lampirkan gambar di mana replika cek yang disampaikan Zahid terpampang gambar dan nama YA AMAR SM AMIN, YTM TUAN RAJA AZHAR IBNI YTM TUAN RAJA WAHAB.
![]() |
Gambar replika cek terpampang Azhar Wahab iaitu seorang individu yang diwartakan oleh Fatwa sebagai membawa ajaran sesat dan menyeleweng |
Majlis gilang-gemilang yang dianjurkan oleh pertubuhan ini menelan belanja yang amat besar serta sumbangan yang dilakukan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bernilai ratusan ribu ringgit.
Nama yang terpampang di atas replika cek ini juga sepatutnya diselidik oleh pihak berkuasa berkaitan Protokol dalam menggunakan nama-nama dan gelaran yang tidak sepatutnya kepada rakyat biasa. Gelaran YANG TERAMAT MULIA (YTM) pada replika cek tersebut sepatutnya disiasat oleh PDRM. Ia adalah gelaran palsu yang digunakan oleh AZHAR WAHAB untuk menarik pengaruh orang ramai. Jadi, di mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab? Sila-sila lah siasat siapa dia SM AMIN (AZHAR WAHAB) ini berkenaan hasil-hasil yang diperolehinya serta pingat dan darjah kebesaran yang diperolehinya sehingga boleh memakai gelaran yang sedemikian.
Di sini juga dilampirkan video sekitar majlis mewah tersebut yang dirasmikan oleh Zahid pada 3 Oktober 2015 yang lepas.
Nasihat SB kepada semua, sekiranya anda ingin membuat amal kebajikan dengan memberi sumbangan jariah, banyak masjid-masjid yang lebih dhaif dan memerlukan dana. Berilah sumbangan kepada pihak-pihak yang telah sedia ada dan diiktiraf umum seperti Aman Palestine, Aqsa Sharif dan sebagainya. Elakkan memberi kepada yang kontrovesi.