Tuesday 1 March 2016

Pusat Tahfiz Amal dah telah rebranding nama lain

Selepas dikecam pelbagai pihak, Pusat Tahfiz Amal (PTA) iaitu sebuah pusat pendidikan yang kononnya melahirkan anak-anak 'huffaz' Al-Quran telah mengubah strategi lain bagi mengaburi mata awam.

Baru-baru ini, pusat ini tampil dengan nama baru iaitu Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bestari yang menggunakan alamat yang sama iaitu KM 17, JALAN YAN KUALA KEDAH, MUKIM KANGKONG 06600 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

Walaubagaimanapun, usaha untuk menipu dan mengaut duit orang awam melalui pungutan derma tersebut berjaya dihidu orang awam. Kelicikan AZHAR WAHAB iaitu pengasas PUSAT TAHFIZ AMAL yang juga merupakan Ketua Ajaran AZHAR WAHAB yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berjaya dikesan akibat taktik kotor yang tidak bijak.

Azhar Wahab yang dikagumi oleh pengikut-pengikutnya dengan sifat dermawan sebenarnya menggunakan wang hasil kutipan derma awam yang dipungut hasil kerahan ke atas pelajar-pelajar PTA dengan kemewahan yang dimilikinya. Azhar Wahab kerap memberi wang kepada pengikut-pengikutnya dalam jumlah yang mencecah ratusan ringgit setiap kali berjumpa.

Pengikut-pengikutnya juga merupakan ibubapa kanak-kanak yang dihantar di pusat tersebut. Maka dengan sebab itu pengikut-pengikutnya amat taksub dan sanggup berkorban mempertahankan ketua kumpulan mereka iaitu Azhar Wahab.

Malah berlaku juga pengabaian oleh ibubapa ke atas kanak-kanak bawah umur tersebut. Ibubapa juga langsung tidak mempeduli kebajikan anak-mereka dan tidak bertanya khabar. Mereka ditempatkan di rumah kongsi bersama kanak-kanak yang lain yang sama menjalankan aktiviti pungutan. Ada yang hampir setahun tidak berjumpa keluarga masing-masing.

Difahamkan juga anak-anak yang digunakan untuk kutipan derma ini dikerah untuk membuat "jualan" produk-produk keluaran SM Amin berbentuk balm, tonik dan sebagainya dari awal pagi hingga ke lawat malam.

Anak-anak tersebut juga tidak diberikan pendidikan yang mencukupi di pusat tersebut yang tidak mendaftar peperiksaan PMR dan SPM. Maka anak-anak yang mendapat pendidikan di situ terpaksa berusaha sendiri untuk mengejar permintaan industribyang rata-ratanya memerlukan sijil akademi.

Kepada masyarakat awam yang ingin menyalurkan sumbangan derma, adalah disarankan untuk memberi derma ke tempat yang lebih memerlukan seperti masjid-masjid, atau kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kritikal supaya penyaluran sedekah tersebut tidak disalahgunakan ke tempat yang tidak sepatutnya.

Monday 15 February 2016

GEMPAR!!! Zahid Hamidi, Pendaftar Pertubuhan Iktiraf Pertubuhan Ketua Kumpulan Ajaran Sesat

Belum reda isu warganegara Bangladesh yang akan dibawa masuk, Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi dilanda isu lain. Peristiwa ini berlaku hujung tahun lepas. Mungkin ia berlaku disebabkan Zahid dijadikan sebagai "Kambing Hitam" yang hanya boleh menganggukkan kepala dan berkata YES!

Zahid ketika merasmikan Festival Pertubuhan Kebangsaan
 Zahid dipercayai telah menghadiri Festival Pertubuhan Kebangsaan yang diadakan di Kedah pada tahun lepas. Yayasan Hangtawi iaitu yang penuh dengan kontroversi di mana penaungnya iaitu AZHAR WAHAB merupakan seorang yang bergiat aktif dalam mengerah kanak-kanak dan wanita dalam membuat kutipan amal kononnya bagi membantu Pusat Tahfiz Amal, sedangkan dirinya sendiri berbelanja mewah bahkan menggunakan gelaran yang tidak sepatutnya. Azhar Wahab juga pernah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti Negeri sebagai individu yang membawa ajaran yang menyeleweng. Boleh rujuk fatwa tersebut di SINI.

Inilah individu bernama AZHAR WAHAB.





Kehadiran Zahid semasa menandatangani pelancaran pertubuhan itu memberi tamparan besar kepada beberapa pihak berkuasa kerana terdapat beberapa kes yang melibatkan Yayasan tersebut yang masih dalam prosiding Mahkamah.

“Kesemua mereka ditahan kerana didapati melakukan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS),” kata Zaki Ahmad, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
 sinarharian.com.my

Aktiviti kutipan derma Palestine tanpa kebenaran yang dilakukan oleh pertubuhan itu mengundang keresahan masyarakat awam kerana ia banyak menimbulkan tohmahan negatif terhadap Agama Islam. Kutipan yang dilakukan sehingga lewat malam hingga pagi oleh beberapa wanita serta mempergunakan remaja bawah umur mengundang persepsi negatif kepada agama Islam.

Antara tabung yang digunakan bagi memungut derma di tempat awam.

Yayasan tersebut dipercayai didaftarkan atas nama anak Azhar Wahab sendiri iaitu Muhammad Ridzuan bin Wahab. Adakah ia sebagai proxy supaya Azhar Wahab tidak didedahkan dan tidak boleh diambil tindakan? Atau bagi tujuan menyimpan dana hasil kutipan derma bagi mengelakkan cukai? Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan.

Klik gambar untuk paparan yang lebih besar

Klik gambar untuk paparan yang lebih besar

Selain itu, turut dipersoalkan adalah pengaliran wang sumbangan masyarakat samada sampai ke tempat yang sepatutnya atau tidak. Sebagaimana maklum di tabung derma yang dibawa oleh aktivis mereka sumbangan tersebut akan disalurkan ke misi kemanusiaan di Palestine. Jika dilihat beberapa majlis gilang-gemilang yang dianjurkan oleh pertubuhan ini menelan belanja yang amat besar serta sumbangan yang dilakukan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bernilai ratusan ribu ringgit.



Pasti ada rahsia di sebalik sumbangan yang terlalu besar oleh Yayasan misteri ini. SB amat terkilan dengan  pengiktirafan oleh orang nombor 2 negara kepada Yayasan yang penuh kontroversi ini. Sepatutnya Zahid perlu membuat penelitian serba sedikit tentang latar belakang pertubuhan ini dan bukan sekadar ingin meraih populariti pada majlis besar-besaran seperti ini.

Sebagai bukti, di sini SB lampirkan gambar di mana replika cek yang disampaikan Zahid terpampang gambar dan nama YA AMAR SM AMIN, YTM TUAN RAJA AZHAR IBNI YTM TUAN RAJA WAHAB. 

Gambar replika cek terpampang Azhar Wahab iaitu seorang individu yang diwartakan oleh Fatwa sebagai membawa ajaran sesat dan menyeleweng
Majlis gilang-gemilang yang dianjurkan oleh pertubuhan ini menelan belanja yang amat besar serta sumbangan yang dilakukan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bernilai ratusan ribu ringgit.

Nama yang terpampang di atas replika cek ini juga sepatutnya diselidik oleh pihak berkuasa berkaitan Protokol dalam menggunakan nama-nama dan gelaran yang tidak sepatutnya kepada rakyat biasa. Gelaran YANG TERAMAT MULIA (YTM) pada replika cek tersebut sepatutnya disiasat oleh PDRM. Ia adalah gelaran palsu yang digunakan oleh AZHAR WAHAB untuk menarik pengaruh orang ramai. Jadi, di mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab? Sila-sila lah siasat siapa dia SM AMIN (AZHAR WAHAB) ini berkenaan hasil-hasil yang diperolehinya serta pingat dan darjah kebesaran yang diperolehinya sehingga boleh memakai gelaran yang sedemikian.


Di sini juga dilampirkan video sekitar majlis mewah tersebut yang dirasmikan oleh Zahid pada 3 Oktober 2015 yang lepas.


Video sumber : https://www.facebook.com/yayasanhangtawimalaysia/?fref=ts

Nasihat SB kepada semua, sekiranya anda ingin membuat amal kebajikan dengan memberi sumbangan jariah, banyak masjid-masjid yang lebih dhaif dan memerlukan dana. Berilah sumbangan kepada pihak-pihak yang telah sedia ada dan diiktiraf umum seperti Aman Palestine, Aqsa Sharif dan sebagainya. Elakkan memberi kepada yang kontrovesi.

Friday 12 February 2016

Yayasan Hang Tawi, Pusat Tahfiz Amal, Kerabat Raja Sakti? LAGI PENIPUAN AZHAR WAHAB

Ketika mana jam menunjukkan pukul 3 pagi, sewaktu berjalan di Bazar Larut Malam  (tahun lepas) kelihatan seorang budak perempuan membawa tong derma YAYASAN HANG TAWI yang memungut bagi tabung kemanusiaan Palestine.


Tiba-tiba je muncul Yayasan ni. Rasanya Aman Palestine dan Aqsa Syarif yang biasanya buat kutipan Palestine ini pun tak beroperasi sampai pagi. Gaya kanak-kanak yang buat kutipan ni pun macam biasa nampak.

Apabila ditanya kepada mereka,  jawapan yang diberikan agak kurang sopan apabila ditanya soalan "kenapa pungut sampai pagi?" Langsung tiada adab dengan orang yang lebih tua. Inikah yang diajar oleh yayasan ini? Inikah lambang yayasan yang kononnya memperjuangkan saudara kita di Palestine?


Maka, timbul perasaan ingin tahu dan menyelidik latar belakang yayasan ini. SB telah pun membuat beberapa kajian dan tinjauan kepada rakan-rakan SB dan mereka yang buat kutipan ini. 

Hasil risikan SB mendapati mereka ini daripada pertubuhan yang diasaskan oleh AZHAR WAHAB. Siapa AZHAR WAHAB ini? AZHAR WAHAB adalah nama sebenar bagi SM AMIN. 

Ia merupakan nama yang tidak asing lagi apabila disebut tentang Pusat Tahfiz Amal (PTA) yang terletak di Yan, Kedah. SM AMIN adalah produk yang dijual oleh anak-anak PTA sewaktu menjalankan kutipan. Produk tersebut hanyalah sebagai alat untuk mengaburi mata pihak berkuasa kononya mereka membuat jualan amal.


AZHAR WAHAB pernah dipanggil oleh Jakim sekitar 2002 dan pada ketika itu. Dia seorang yang amat gemar menyanyi. Sebab tu adik-adik PTA yang pungut derma tu menjual CD rakaman SM AMIN. Dia pernah membawa satu ajaran yang telah difatwakan menyeleweng. Boleh rujuk fatwa di SINI.

Apa yang terkandung dalam fatwa tersebut adalah benar. Ya Benar dia gemar makan ais yang dipercayai mampu memberi karamah. Anak-anak di PTA juga didoktrinkan tentang DAM (denda) sekiranya didapati bersalah. Dam tersebut ada macam-macam bentuk samada duit mahupun kerja amal. Muda-muda seawal umur 24 tahun sudah menjadi pengerusi Pertubuhan.

Mereka telah menggunakan nama yang lain untuk buat pungutan derma dan menggunakan modus operandi yang sama seperti PTA. Ramai yg telah menyedari penipuan oleh PTA ini. Disebabkan itu lah mereka mencari alternatif lain untuk memungut wang awam secara kutipan derma.

Nama dah Pusat Tahfiz, tapi suruh baca surah dalam Juzuk 30 pun masih merangkak dan jawapan yg diberikan oleh mereka pun agak kurang sopan dan tidak melambangkan nama pusat itu sendiri. Belum lagi ditanya silibus yang digunakan oleh para asatizah dalam tu. Mana tidaknya, kalau dilihat dari segi etika dan kemewahan AZHAR WAHAB sendiri pun agak keterlaluan. Sebab tu mereka yang buat pungutan derma ini lantang mempertahankan Tok Guru mereka.

Pusat ini pun pernah diarahkan tutup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah sejak sekian lama. Sekolah ini tidak mengikuti silibus agama yang ditetapkan. Anak-anak yang dihantar di situ didoktrinkan supaya mempertahankan AZHAR WAHAB. Sekolah ini juga tidak menyediakan peperiksaan PMR dan SPM. Hanya berpandukan silubis mereka sendiri.


Yayasan Hangtawi ini berdaftar dengan ROS dan ia dipercayai didaftarkan di atas nama anak AZHAR WAHAB sendiri iaitu MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZHAR (920211086273). 




Tak perlu lah SB hurai lebih panjang tentang AZHAR WAHAB ini. Anda semua boleh la google sendiri. Ini antara gambar yg SB telah perolehi.

 
Azhar Wahab seorang yang amat disanjung di kalangan pengikutnya



Dia juga mempunyai ramai isteri dan akan memilih sesiapa sahaja wanita yang ingin dikahwininya. Pengikutnya juga ramai, dan anak kepada pengikut-pengikutnya juga akan dihantar ke sekolah Pusat Tahfiz Amal. Maka tidak hairan bagaimana ibubapa tergamak untuk menghantar anak-anak bersekolah di situ. Sebab dah percaya tentang doktrin yang diajar AZHAR WAHAB ini.

KERABAT RAJA SAKTI?
Kita bercerita pula tentang Kerabat Raja Sakti (KRS). KRS didaftarkan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan). Siapa ketua KRS? AZHAR WAHAB adalah dalang KRS. Pertubuhan Kerabat Raja Sakti Kedah. Apabila duit dah banyak dia merasakan diri seperti Raja. Tetapi nak jadi Raja kat Malaysia ini dah penuh. Maka timbul lah Raja Sakti ini. Dipercayai didaftarkan atas nama anak AZHAR WAHAB



YAYASAN HANGTAWI MALAYSIA dan PERTUBUHAN KERABAT RAJA SAKTI MALAYSIA adalah mempunyai kaitan. Lihat siapa ketuanya dalam pendaftaran pertubuhan dan siapa pula nama bapanya. Didaftarkan atas nama MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZHAR (920211086273). Kedua-dua pertubuhan ini didaftarkan atas nama Pengerusi yang sama. 

AZHAR WAHAB ini bijak. Dia tidak akan meletakkan namanya sebagai Pengerusi dalam kedua-dua pertubuhan tersebut. Hanya sebagai proxy.

Keberanian AZHAR WAHAB ini sehinggakan berani menggelar diri sebagai RAJA. Lebih malang lagi ada gelaran YM (Yang Mulia). Sekarang dah pakai gelaran YTM (Yang Teramat Mulia). Nombor plat kereta pun dah pakai macam Raja. Gantung banner tepi jalan pun pakai warna diraja. Lebih berani lagi masuk dalam paper pakai gelaran YTM.

Jemputan Ke Majlis Sambutan Hari Raja Sakti


Banner Sambutan Hari Raja Sakti. Hadiah boleh tahan RM500,000. Dari mana datang duit tu???


Abg JPJ dan Abg Polis Trafik. Takkan tengok saja? Tak pernah tahan ke kereta ni?

Keratan Akhbar Berita Harian 19 April 2013. Dah upgrade gelaran kepada YTM. Raja mana yang bagi tu?
Yang menjadi persoalan di sini adalah mana perginya pihak berkuasa? Mana Polis yang menjaga protokol diraja? Mana pihak-pihak yang menjaga ketuanan Raja-raja melayu? Mengapa gelaran Raja sewenang-wenangnya diberikan kepada individu ini?

Masihkah anda nak duduk diam apabila gelaran Raja dipermainkan oleh individu bernama Azhar Wahab ini???  Raja yang mempergunakan kanak-kanak untuk kutip derma hingga larut malam? 



SM AMIN juga mempunyai sebuah bangunan di Seksyen 27 Shah Alam Selangor (Sebelah F&N). Banyak betul duit hingga ada bangunan sendiri. Syarikat insurans pun ambil masa yang lama untuk mempunyai bangunan sendiri. Inikan pula bangunan besar seperti ini,

Duit bukan calang-calang sikit. Hadiah sempena Hari Raja Sakti tu mencecah RM500,000 bukan sedikit. SB menuntut AZHAR WAHAB supaya mengisytihar harta-harta tersebut dan dari mana datangnya duit hingga mencecah jumlah yang banyak. Adakah daripada kutipan atau Yayasan??? Atau daripada syarikat-syarikat proxy? Kalau daripada syarikat sila nyatakan bukti audit tahunan, resit jualan dan bank statement. Tunggu episod bongkar selanjutnya

Thursday 11 February 2016

FATWA PERLIS MEMBENARKAN ANAK DI"BIN/BINTI" KEPADA BAPA WALAUPUN DILAHIRKAN KURANG 6 BULAN - Persidangan Majlis Perundingan Islam (MPI)


11 Februari 2016 - Berlangsungnya Persidangan Majlis Perundingan Islam (MPI) yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Ia telah menghimpunkan seramai 87 ahli majlis yang terdiri daripada ulama' besar pelbagai latar belakang fikrah dan ideologi yang berbeza. Penubuhan majlis ini antara lain bagi meraikan pandangan-pandangan bagi mencari titik pertemuan secara rundingan.


Namun yang menarik perhatian adalah ketika mana negara dilanda pelbagai isu sosial yang melibatkan gejala maksiat dan zina, Perlis telah memfatwakan bahawa anak yang lahir kurang daripada 6 bulan daripada tarikh pernikahan ibubapa boleh diBIN ATAU BINTI kepada bapa meskipun anak yang dilahirkan itu dikategorikan sebagai anak tak sah taraf!!!

Persoalannya sekarang, adakah ia menjadi satu desakan atau keperluan pewartaan fatwa tersebut? Adakah ia disebabkan terlalu banyak anak yang lahir kurang daripada 6 bulan di negeri Perlis dan memerlukan pewartaan fatwa tersebut?

Ia akan mendorong ramai orang Islam tidak segan silu berzina, disahkan mengandung, bernikah dan seterusnya lahirkan anak luar nikah. Maka boleh diBIN atau BINTI kepada "bapa" yang sudah terlanjur. Semudah itu kan? 

Jadi, sesiapa yang disahkan mengandung tanpa nikah, kalau nak bersalin boleh booking di hospital di Perlis. Inilah Fatwa Perlis yang boleh menyelamatkan penzina-penzina di Malaysia.

Malaysia Boleh

#HidupMAZA