Friday 12 February 2016

Yayasan Hang Tawi, Pusat Tahfiz Amal, Kerabat Raja Sakti? LAGI PENIPUAN AZHAR WAHAB

Ketika mana jam menunjukkan pukul 3 pagi, sewaktu berjalan di Bazar Larut Malam  (tahun lepas) kelihatan seorang budak perempuan membawa tong derma YAYASAN HANG TAWI yang memungut bagi tabung kemanusiaan Palestine.


Tiba-tiba je muncul Yayasan ni. Rasanya Aman Palestine dan Aqsa Syarif yang biasanya buat kutipan Palestine ini pun tak beroperasi sampai pagi. Gaya kanak-kanak yang buat kutipan ni pun macam biasa nampak.

Apabila ditanya kepada mereka,  jawapan yang diberikan agak kurang sopan apabila ditanya soalan "kenapa pungut sampai pagi?" Langsung tiada adab dengan orang yang lebih tua. Inikah yang diajar oleh yayasan ini? Inikah lambang yayasan yang kononnya memperjuangkan saudara kita di Palestine?


Maka, timbul perasaan ingin tahu dan menyelidik latar belakang yayasan ini. SB telah pun membuat beberapa kajian dan tinjauan kepada rakan-rakan SB dan mereka yang buat kutipan ini. 

Hasil risikan SB mendapati mereka ini daripada pertubuhan yang diasaskan oleh AZHAR WAHAB. Siapa AZHAR WAHAB ini? AZHAR WAHAB adalah nama sebenar bagi SM AMIN. 

Ia merupakan nama yang tidak asing lagi apabila disebut tentang Pusat Tahfiz Amal (PTA) yang terletak di Yan, Kedah. SM AMIN adalah produk yang dijual oleh anak-anak PTA sewaktu menjalankan kutipan. Produk tersebut hanyalah sebagai alat untuk mengaburi mata pihak berkuasa kononya mereka membuat jualan amal.


AZHAR WAHAB pernah dipanggil oleh Jakim sekitar 2002 dan pada ketika itu. Dia seorang yang amat gemar menyanyi. Sebab tu adik-adik PTA yang pungut derma tu menjual CD rakaman SM AMIN. Dia pernah membawa satu ajaran yang telah difatwakan menyeleweng. Boleh rujuk fatwa di SINI.

Apa yang terkandung dalam fatwa tersebut adalah benar. Ya Benar dia gemar makan ais yang dipercayai mampu memberi karamah. Anak-anak di PTA juga didoktrinkan tentang DAM (denda) sekiranya didapati bersalah. Dam tersebut ada macam-macam bentuk samada duit mahupun kerja amal. Muda-muda seawal umur 24 tahun sudah menjadi pengerusi Pertubuhan.

Mereka telah menggunakan nama yang lain untuk buat pungutan derma dan menggunakan modus operandi yang sama seperti PTA. Ramai yg telah menyedari penipuan oleh PTA ini. Disebabkan itu lah mereka mencari alternatif lain untuk memungut wang awam secara kutipan derma.

Nama dah Pusat Tahfiz, tapi suruh baca surah dalam Juzuk 30 pun masih merangkak dan jawapan yg diberikan oleh mereka pun agak kurang sopan dan tidak melambangkan nama pusat itu sendiri. Belum lagi ditanya silibus yang digunakan oleh para asatizah dalam tu. Mana tidaknya, kalau dilihat dari segi etika dan kemewahan AZHAR WAHAB sendiri pun agak keterlaluan. Sebab tu mereka yang buat pungutan derma ini lantang mempertahankan Tok Guru mereka.

Pusat ini pun pernah diarahkan tutup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah sejak sekian lama. Sekolah ini tidak mengikuti silibus agama yang ditetapkan. Anak-anak yang dihantar di situ didoktrinkan supaya mempertahankan AZHAR WAHAB. Sekolah ini juga tidak menyediakan peperiksaan PMR dan SPM. Hanya berpandukan silubis mereka sendiri.


Yayasan Hangtawi ini berdaftar dengan ROS dan ia dipercayai didaftarkan di atas nama anak AZHAR WAHAB sendiri iaitu MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZHAR (920211086273). 




Tak perlu lah SB hurai lebih panjang tentang AZHAR WAHAB ini. Anda semua boleh la google sendiri. Ini antara gambar yg SB telah perolehi.

 
Azhar Wahab seorang yang amat disanjung di kalangan pengikutnya



Dia juga mempunyai ramai isteri dan akan memilih sesiapa sahaja wanita yang ingin dikahwininya. Pengikutnya juga ramai, dan anak kepada pengikut-pengikutnya juga akan dihantar ke sekolah Pusat Tahfiz Amal. Maka tidak hairan bagaimana ibubapa tergamak untuk menghantar anak-anak bersekolah di situ. Sebab dah percaya tentang doktrin yang diajar AZHAR WAHAB ini.

KERABAT RAJA SAKTI?
Kita bercerita pula tentang Kerabat Raja Sakti (KRS). KRS didaftarkan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan). Siapa ketua KRS? AZHAR WAHAB adalah dalang KRS. Pertubuhan Kerabat Raja Sakti Kedah. Apabila duit dah banyak dia merasakan diri seperti Raja. Tetapi nak jadi Raja kat Malaysia ini dah penuh. Maka timbul lah Raja Sakti ini. Dipercayai didaftarkan atas nama anak AZHAR WAHAB



YAYASAN HANGTAWI MALAYSIA dan PERTUBUHAN KERABAT RAJA SAKTI MALAYSIA adalah mempunyai kaitan. Lihat siapa ketuanya dalam pendaftaran pertubuhan dan siapa pula nama bapanya. Didaftarkan atas nama MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZHAR (920211086273). Kedua-dua pertubuhan ini didaftarkan atas nama Pengerusi yang sama. 

AZHAR WAHAB ini bijak. Dia tidak akan meletakkan namanya sebagai Pengerusi dalam kedua-dua pertubuhan tersebut. Hanya sebagai proxy.

Keberanian AZHAR WAHAB ini sehinggakan berani menggelar diri sebagai RAJA. Lebih malang lagi ada gelaran YM (Yang Mulia). Sekarang dah pakai gelaran YTM (Yang Teramat Mulia). Nombor plat kereta pun dah pakai macam Raja. Gantung banner tepi jalan pun pakai warna diraja. Lebih berani lagi masuk dalam paper pakai gelaran YTM.

Jemputan Ke Majlis Sambutan Hari Raja Sakti


Banner Sambutan Hari Raja Sakti. Hadiah boleh tahan RM500,000. Dari mana datang duit tu???


Abg JPJ dan Abg Polis Trafik. Takkan tengok saja? Tak pernah tahan ke kereta ni?

Keratan Akhbar Berita Harian 19 April 2013. Dah upgrade gelaran kepada YTM. Raja mana yang bagi tu?
Yang menjadi persoalan di sini adalah mana perginya pihak berkuasa? Mana Polis yang menjaga protokol diraja? Mana pihak-pihak yang menjaga ketuanan Raja-raja melayu? Mengapa gelaran Raja sewenang-wenangnya diberikan kepada individu ini?

Masihkah anda nak duduk diam apabila gelaran Raja dipermainkan oleh individu bernama Azhar Wahab ini???  Raja yang mempergunakan kanak-kanak untuk kutip derma hingga larut malam? 



SM AMIN juga mempunyai sebuah bangunan di Seksyen 27 Shah Alam Selangor (Sebelah F&N). Banyak betul duit hingga ada bangunan sendiri. Syarikat insurans pun ambil masa yang lama untuk mempunyai bangunan sendiri. Inikan pula bangunan besar seperti ini,

Duit bukan calang-calang sikit. Hadiah sempena Hari Raja Sakti tu mencecah RM500,000 bukan sedikit. SB menuntut AZHAR WAHAB supaya mengisytihar harta-harta tersebut dan dari mana datangnya duit hingga mencecah jumlah yang banyak. Adakah daripada kutipan atau Yayasan??? Atau daripada syarikat-syarikat proxy? Kalau daripada syarikat sila nyatakan bukti audit tahunan, resit jualan dan bank statement. Tunggu episod bongkar selanjutnya

12 comments:

  1. Masih ada lagi dlm thn 2017 ni budak2 kutip derma dgn tabung yayasan hang tawi ni kt pasar malam. Sy ragu2 lalu sy pon Google yayasan ni. Rupa2nya menyeleweng. Tapi artikel tu tahun 2014. Kiranya smpai skrg yayasan tu masih menyeleweng dan mempergunakan pelajar ye? Kalau mcm tu, kenapa tiada pihak berkuasa yg membanteras kutipan derma oleh mereka?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum


    ❝ *JATUH AIR MATA* 😒 TERKENANGKAN TIKA IBU DAN AYAH TOLONG SENDUKKAN NASI KE PINGGAN, TIKA WAKTU SAHUR... ❞

    ALLAHHH...

    ( *walaupun video yg sama* Lihatlah lagi )😒 - 2 Ramadhan 1439H

    *Namun... anak-anak ini hanya mampu dapat mengenangkan sahaja*, bila teringat , termenung jatuh la air mata ini😒, mengenangkan Ibu dan bapa yang telah tiada disisi ..

    Apatah dengan masih bersempit-sempit di penempatan sementara lagi 😒 dek kerana ASRAMA yang belum siap lagi.. , maafkan *USTAZ USTAZAH YANG SUDAH BERHABIS-HABISAN* πŸ˜”, namun Allah jualah sebaik-baik perancang.. Yang masih ada berbaki sedikit lagi di FASA AKHIR untuk pembangunan

    *SALAM JUMAAT , DI BULAN RAMADHAN INI YANG PENUH BAROKAH INI*


    Allahh..
    Malu Rasanya nk disampaikan, tawakkal sahajaπŸ˜”

    Dengan nama Allah dan RasulNya *saya Ustaz Muhd Azfar* dengan rendah dirinya sekali lagi
    MERAYU *belas ehsan TuanPuan YANG BUDIMAN* ,

    *RAYUAN SUMBANGAN TAJAAN RAMADHAN*
    Persediaan RAMADHAN ini, BERBUKA, SAHUR dan MOREH
    *banyak lagi hari-hari yang tiada TAJAAN*😒 yg HANYA ada tajaan baru 3-4 hari shj..

    “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sekecil apa pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya” (ayat 7, Az-Zalzalah)

    Terima kasih yang tidak terhingga di atas keperihatinan dan *rasa ambil berat Tuanpuan selama ini* ke pada anak-anak yatim serta fakir miskin yang berada di sini.

    moga dapatlah  *memberi sedikit* *DANA KEWANGAN UNTUK MENAJA* RAMADHAN
    anak yatim miskin MADRASAH ini.
    *Maaflah TuanPuan jika nyusahkan selama ini..* πŸ˜”

    Berikut adalah pecahan kos mengikut kategori: (boleh lihat SURAT TAJAAN Rasmi madrasah)
    - - - - - - - —><— - - - - -

    *KOS TAJAAN SEORANG PELAJAR*
    *Rm15 sahaja*

    untuk 3kali makan
    ( *_Sahur 4.50+Berbuka 6.00+Moreh 3.00+Buah Bubur 1.50_*)

    *semua pelajar ada 210 orang.. Rm3150 diperlukan*, setiap hari sepanjang RAMADHAN

    TERPULANGLAH
    jika nak taja berapapun tak apa
    hanya Allah dan rasul sebagai saksi..

    - - - - - - - —><— - - - - - -

    Moga Tuanpuan
    bermurah hati untuk menaja seberapa orang pun ( *Seorang* ka, 2, 5, 10, 20 orang ....) atau
    seberapa pun yang TERMAMPU. Setiap ringgit Infaq Tuanpuan amat berharga
    buat anak2 di sini. Allah lah yang Maha melipat gandakan rezeki dan Maha membalas segala jasa dan kebaikan Tuanpuan SEKELUARGA

    “Selagi mana anak2 ini *MENGGUNAKAN* BANGUNAN INI untuk Solatnya, belajarnya, Qiamulailnya.. apa saja, subhanallah , maka *mengalirlah Rahmat Allah* tidak terhingga Luasnya buat diri kita sekeluarga”

    Saya hanya seorang Hamba Allah yg Faqir, Yang Berkidmat Kerana Allah Dan Rasul.. sekadar Menyampaikan.

    Tabib Ustaz Muhd Azfar
    013- 267 1924
    wasap.my/60132671924
    *Timbalan Mudir*

    Akaun Maybank atas nama

    πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½

    *SEDEKAHLAH ENTERPRISE*
    5521 0762 5562
    5521 0762 5562 (maybank)
    *email Rasmi madrasah*: Prayatimfaqir@gmail.com

    *Berapapun kemasukan* walaupun sekecil Rm5, 6 Ringgit,amat sgt dihargai, *Mohon sertakan slip* atau tolong maklumkan, pada kami selepas bank-in, AMAT Penting sgt utk rekod madrasah

    πŸ‘‰πŸΎJika Tidak menyusahkan pihak TuanPuan sudilah *Kongsikan Video dan Mesej ini*  pada sesiapa saja, moga RAMADHAN INI, sedikit sebanyak dapatlah Cahaya menggembirakan anak2 Yatim Faqir ini.. subhanallah 😒😒
    Sekarang kutip mcmni pula..hantar kat whatsupp.setelah sy sebarkan mereka menipu dan ajaran sesat ustaz terus telfon dan whatsupp sy marah.bg hadis dan bercakap mcm org alim.tp bila sy soal dan bg bukti serta berhujah blk.ustaz marah dan gagal menjawap soalan2 sy.nmpk sgt mrnipu..masih sy simpan msg whatsup tu.harap ada laporan dan pihak berwajib bt kerja bkn mkn gaji buta..kalau ikut salah pejabat agama juga.org tak puasa denda.maksiat denda.murtad denda.ajaran sesat denda.cuba ikut hudud atau letak denda lebih keras.pasti kurang masalah.

    ReplyDelete
  4. Semua penipu..Jangan percaya lagi termasuk di Sungai Petani ( Pusat Rawatan Amal, Yayasan Hang Tawi, asrama anak yatim)..Ajaran Azhar Wahab yang sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke tipu....jangan jadi orang munafik...tk tahu cerita Komen...

      Delete
    2. Kenapa sampai sekarng dia Masih ok Lagi....Bukan Ada pakai kabel orang kerajaan pun

      Delete
    3. Kenapa sampai skarang dia Masih ok Lagi..Bukan ad pakai kabel pun...tak tahu cerita jangan sembang...Bukan Kita Sahaja makhluk ciptaan allah

      Delete
  5. Berfikir aku logic cerita Munafiq 2 yg gempar baru2 ini. Mana mungkin ada ajaran sesat macam tu boleh bertapak Malaysia moden ini.

    Tergerak untuk mengoogle aktiviti terkini sm amin, di Youtube, sungguh mega konsert anjurannya yg dinamakan "Kenduri Rakyat 2017". Dari kanak2 ke org tua berpesta dan menanti habuan.

    Aku nak tgk lebih dekat jika ada next eventnya. Area Sik, Kedah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Boleh tolong jelaskan. Saya keliru..Mana satu yang betul?
    Di Kabupaten Gowa Azhar mengaku keturunan Raja Hasnuddin
    http://makassar.tribunnews.com/2017/08/30/tuanku-karameng-sakti-cari-jejak-leluhur-raja-kesultanan-hasanuddin-di-gowa

    Azhar mengaku Kerabat dan Keluarga Besar Sunan Kalijaga
    https://www.youtube.com/watch?v=yd9g4HiV6zI

    di Open House Gubernur, SYL Azhar mengaku Raja Kelantan
    https://www.youtube.com/watch?v=hrrbqESp9oE

    SEBENARNYA
    Raja Kelantan sebenarnya adalah Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
    https://www.bharian.com.my/node/202092

    Boleh tolong jelaskan tentang Ajaran Azhar telah difatwakan sesat
    http://www.muftiselangor.gov.my/85-fatwa/akidah/54-fatwa-tentang-ajaran-azhar-wahab

    ReplyDelete
  7. Admin knpa perlu share ya no ic trsebut ? Maaf, Azhar ialah pakcik saya. Dan jika pakcik saya sesesat ini hingga mengaku raja, mengapa ahli kerabat raja kelantan pernah mnghadiri salah satu majlis sbg vvip ? Saya tanya krna saya sndiri pernah melihat ibu saudara Tengku Muhammad Faris Petra depan mata

    ReplyDelete