Tuesday 1 March 2016

Pusat Tahfiz Amal dah telah rebranding nama lain

Selepas dikecam pelbagai pihak, Pusat Tahfiz Amal (PTA) iaitu sebuah pusat pendidikan yang kononnya melahirkan anak-anak 'huffaz' Al-Quran telah mengubah strategi lain bagi mengaburi mata awam.

Baru-baru ini, pusat ini tampil dengan nama baru iaitu Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bestari yang menggunakan alamat yang sama iaitu KM 17, JALAN YAN KUALA KEDAH, MUKIM KANGKONG 06600 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

Walaubagaimanapun, usaha untuk menipu dan mengaut duit orang awam melalui pungutan derma tersebut berjaya dihidu orang awam. Kelicikan AZHAR WAHAB iaitu pengasas PUSAT TAHFIZ AMAL yang juga merupakan Ketua Ajaran AZHAR WAHAB yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berjaya dikesan akibat taktik kotor yang tidak bijak.

Azhar Wahab yang dikagumi oleh pengikut-pengikutnya dengan sifat dermawan sebenarnya menggunakan wang hasil kutipan derma awam yang dipungut hasil kerahan ke atas pelajar-pelajar PTA dengan kemewahan yang dimilikinya. Azhar Wahab kerap memberi wang kepada pengikut-pengikutnya dalam jumlah yang mencecah ratusan ringgit setiap kali berjumpa.

Pengikut-pengikutnya juga merupakan ibubapa kanak-kanak yang dihantar di pusat tersebut. Maka dengan sebab itu pengikut-pengikutnya amat taksub dan sanggup berkorban mempertahankan ketua kumpulan mereka iaitu Azhar Wahab.

Malah berlaku juga pengabaian oleh ibubapa ke atas kanak-kanak bawah umur tersebut. Ibubapa juga langsung tidak mempeduli kebajikan anak-mereka dan tidak bertanya khabar. Mereka ditempatkan di rumah kongsi bersama kanak-kanak yang lain yang sama menjalankan aktiviti pungutan. Ada yang hampir setahun tidak berjumpa keluarga masing-masing.

Difahamkan juga anak-anak yang digunakan untuk kutipan derma ini dikerah untuk membuat "jualan" produk-produk keluaran SM Amin berbentuk balm, tonik dan sebagainya dari awal pagi hingga ke lawat malam.

Anak-anak tersebut juga tidak diberikan pendidikan yang mencukupi di pusat tersebut yang tidak mendaftar peperiksaan PMR dan SPM. Maka anak-anak yang mendapat pendidikan di situ terpaksa berusaha sendiri untuk mengejar permintaan industribyang rata-ratanya memerlukan sijil akademi.

Kepada masyarakat awam yang ingin menyalurkan sumbangan derma, adalah disarankan untuk memberi derma ke tempat yang lebih memerlukan seperti masjid-masjid, atau kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kritikal supaya penyaluran sedekah tersebut tidak disalahgunakan ke tempat yang tidak sepatutnya.